Monday, 1 June 2015

Cara Mudah Mengira BMI

Body Mass Index (BMI) atau Indeks Jisim Badan adalah petunjuk jumlah lemak badan seseorang berdasarkan nisbah berat badan berbanding ketinggiannya.
Nilai BMI memberitahu samada seseorang itu kurang berat badan/kurus, berat badan normal, berat badan berlebihan/gemuk, atau obes. Lagi besar BMI, lebih gemuk orang itu.
Oleh kerana BMI senang untuk dikira, ia digunakan secara meluas sebagai petunjuk untuk mengenalpasti berat badan ideal seseorang individu.


Cara Mudah Mengira BMI

Dengan kalkulator BMI online dan interaktif di bawah ini, anda tidak perlu membuat pengiraan untuk mendapatkan BMI. Anda hanya perlu:
  1. Masukkan berat badan dan ketinggian anda.
  2. Tekan butang "Kira BMI".
Nilai BMI anda serta klasifikasinya (samada anda underweight, normal, overweight, atau obese) akan muncul secara automatik di dalam ruangan "Keputusan BMI".
Jika anda ingin mengira BMI serta manual, sila rujuk formula BMI di penghujung artikel ini.

Kalkulator BMI

Unit
Pilih sistem
Berat
Kg
Ketinggian
cm
Kira BMI
Keputusan BMI
0.0
Carta Klasifikasi BMI
Bawah 18.5
Underweight
18.5 - 24.9
Normal
25.0 - 29.9
Overweight
30.0 keatas
Obese
Anda serius nak kurus? Dapatkan Formula Kurus sekarang!
Semakin tinggi nilai BMI, semakin tinggi risiko anda menghidap penyakit jantung (heart disease), tekanan darah tinggi (hypertension)kencing manisjenis 2 (diabetes mellitus), barah (cancer) dan angin ahmar (stroke).


Formula BMI (Body Mass Index)

Sekiranya anda ingin mengira sendiri BMI secara manual, gunakan formula berikut:
  • Sistem Metrik
    BMI = Berat (kg) / [Tinggi (m)]2
  • Sistem Imperial
    BMI = Berat (lb) / [Tinggi (in)]2 x 703

Nota: BMI sesuai digunakan untuk menilai lelaki dan wanita dewasa berumur antara 18 hingga 64 tahun. BMI tidak sesuai digunakan untuk kanak-kanak, wanita hamil, orang yang sangat berotot (seperti atlet, ahli bina badan), dan orang tua (yang kehilangan jisim otot).

No comments:

Post a Comment