BERIKUT TESTIMONI PENGGUNA BARAKA HABBATUS SAUDA
disclaimer : all the results and testimonies may be vary between people and there is no permanant result for these customers
1. Pn Rahayu, Kelana Jaya, 33 tahun :
Saya mengalami masalah tumit kaki sering merekah semenjak sebelum berkahwin lagi. Saya juga sering mengantuk di siang hari kerana tidak mendapat tidur yang berkualiti disebabkan menjaga anak sulung yang menghidap Ekzema. Alhamdulillah, setelah mengamalkan pengambilan Habbatus-Sauda Baraka 1 biji setiap pagi secara konsisten selama beberapa bulan, tumit kaki saya tidak merekah lagi & kembali licin seperti asal. Saya tidak perlu menyapu krim. Saya juga berasa segar & tidak mudah mengantuk di siang hari walaupun sering tidur lewat malam. Sembelit juga telah tiada. Pembuangan air besar & kecil semakin lawas. Syukur...
2. Pn Fatimah :
Pembuangan air besar lawas, keluar lemak-lemak, badan terasa ringan, sakit sendi di lutut & kebas-kebas di kaki pun dah kurang. Dah 2 minggu makan Habbatus-Sauda Baraka ni, berat badan dah turun 3 kg. Perut terasa lembut, dulu keras je perut tu. Rambut pun dah kurang gugur.
3. Pn Nurul :
Sebelum ini saya tergelincir di tepi mesin basuh. Terasa sangat sakit di tulang sendi lutut walaupun telah ke klinik untuk dapatkan rawatan yang menggunakan krim yang sejuk itu. Hampir 6 bulan saya tahan sakit, tidak tahu nak buat macamana. Jika saya nak bersukan pun tidak boleh nak melompat walaupun sedikit. Setelah saya mengamalkan Habbatus-Sauda Baraka ini tidak sampai sebulan, sakit lutut saya pun hilang sepenuhnya. Sakit kepala pun dah ok. Pembuangan air besar pun lawas. Memang berkesanlah Habbatus-Sauda Baraka ini.
4. Pn Zurina, Cheras, 34 tahun :
Saya selalu letih-letih badan terutama selepas bekerja seharian dalam aircond. Ini menyebabkan saya mahu tidur sahaja bila sampai di rumah. Alhamdulillah, sejak mengambil Habbatus-Sauda Baraka 2 biji pagi & 2 biji malam masalah saya sudah tiada. Saya berasa segar & tidak mudah mengantuk.
5. Pn Sal, Melawati, 29 tahun :
Saya mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur (hampir 2 bulan baru haid). Setelah mengambil Habbatus-Sauda Baraka saya terus datang haid seperti biasa (sebulan sekali). Paling mengejutkan ialah saya juga sering "bersemangat" untuk bersama dengan suami. Kini suami saya juga mengamalkan Habbatus-Sauda Baraka.
6. En Razidin, Serdang, 7 tahun (Anak) :
Masalah kembung perut & cacing anak lelaki saya yang berusia 7 tahun sudah sembuh kerana Habbatus-Sauda. Saya memberinya sebiji sehari kapsul minyak Baraka.
7. Cik Azlina, Klang, 25 tahun :
Saya mengalami alahan yang teruk kerana makanan laut. Tangan saya akan membengkak, mengelupas & menanah & ini amat tidak selesa & memalukan. Namun saya akhirnya sembuh setelah mengamalkan Habbatus-Sauda. Kini saya boleh menikmati makanan laut kegemaran saya. Syaratnya, ambil 2 biji Habbatus-Sauda setengah jam sebelum makan makanan laut (untuk mengaktifkan fungsi anti-histamin Habbatus-Sauda).
8. En Muhamad, Kuala Selangor, 45 tahun :
Saya berpuas hati ianya memberi saya tenaga yang bagus untuk hubungan dengan isteri.
9. En Azli, Ampang, 28 tahun :
Saya mudah demam & menghidap sinus (hidung sensitif). Setelah mengamalkan Habbatus-Sauda selama 3 bulan, saya tidak pernah lagi didatangi demam atau selesema seperti dahulu (setiap bulan sakit).
10. Zam :
As Salam. Saya nak berkongsi sedikit tentang Habbatus-Sauda ini. Dahulu saya mengalami masalah kahak yang banyak. Ada member syorkan Habbatus-Sauda ini pada saya. Saya cubalah sebotol. Lama-kelamaan kahak saya tiada lagi. Alhamdulillah...
11. ZZzz :
Assalammualaikum. Saya ingin berkongsi pengalaman. 5 bulan lepas, saya disahkan fibroid akibat kedatangan haid yang di luar waktu normal. Setelah berjumpa dengan doktor pakar, saya mula mencari makanan kesihatan yang asli yang boleh mengawal hormon saya (fibroid berkaitan dengan hormon) & saya terbaca berkenaan Habbatus-Sauda. Alhamdulillah setelah mengamalkan softgel Habbatus-Sauda Baraka yang dibeli di xxxxx, haid saya telah normal & saya sihat. Setelah beberapa kali mendapat tanda-tanda ingin selesema & batuk, tetapi tanda-tanda tersebut hilang begitu sahaja. Alhamdulillah. Untuk makluman, pada awal pengambilan memang saya mendapat simptom-simptom yang kurang selesa. Setelah beberapa hari pengambilan, simptom beransur hilang.
12. Anamuna :
Assalammualaikum. Saya juga ingin berkongsi manfaat yang sangat besar kepada kesihatan saya tentang Habbatus-Sauda ini.
a) Kesan Detox :
Pada saya, Habbatus-Sauda ini memulihkan sistem pencernaan. Ia bertindak detox. Selepas 3 hari mengambilnya dalam bentuk minyak sebanyak 2 camca teh pagi & 2 camca teh malam, saya dapati angin lama yang tersimpan dalam usus telah keluar. Najis-najis lama yang hitam juga telah keluar. Kemudiannya najis saya menjadi kuning bersih seperti najis bayi. Saya sangat gembira dengan perkembangan ini. Tanpa perlu saya membeli bakteria baik dari farmasi untuk mendapatkan hasil yang sama. Harga Habbatus-Sauda juga sangat murah jika dibandingkan dengan pemakanan detox yang lain di farmasi. Malah ianya selamat & halal serta dapat pahala sebab ikut sunnah.
b) Imuniti Bertambah :
Apabila sistem pencernaan telah pulih, najis-najis & kotoran terlonggok dalam usus telah dikeluarkan. Hasilnya usus akan bertindak dengan efisien & dapat menyerap segala gizi/zat-zat yang diambil dari pemakanan seharian dengan lebih tinggi. Maka, badan akan mendapat zat yang cukup. Badan juga akan membina sistem imun melawan sebarang jangkitan/melawan penyakit. Semua ini adalah hasil dari usus yang sihat. Apatah lagi jika diambil bersama madu. Madu bertindak sebagai booster terhadap mana-mana herba untuk bertindak kerana ia mempunyai sejenis zat kalau tidak silap saya potassium yang membantu menyerap zat-zat lain dengan lebih baik. Malah madu itu sendiri mempunyai pelbagai zat yang membantu tubuh mendapat gizi yang cukup bagi membentuk sistem imun & menyembuhkan penyakit.
c) Zat-zat Lain Dalam Habbatus-Sauda :
Selain memperbaiki sistem pencernaan, Habbatus-Sauda juga telah terkenal dengan pelbagai zat lain yang sangat bermanfaat. Saya kini tidak mengantuk lagi, kerja semakin mudah untuk fokus, berat badan turun, jarang demam/batuk/selesema walaupun orang sekeliling mengalaminya. Alhamdulillah.
d) Beri Pada Anak :
Secara peribadi, saya juga letakkan setitis/2 titis minyak Habbatus-Sauda ke dalam botol susu anak-anak saya yang berusia 2 tahun & 4 tahun. Alhamdulillah, angin keluar & najisnya menjadi lembut.
e) Habbatus-Sauda Bentuk Serbuk :
Saya juga pernah mengambil Habbatus-Sauda dalam bentuk serbuk. Kesannya lambat sedikit berbanding bentuk minyak. Jika angin banyak dalam perut, kalau mengambil Habbatus-Sauda dalam bentuk minyak kesannya sangat cepat atau hampir serta-merta angin keluar lebih kurang 5-30 minit akan nampak kesan angin keluar. Tetapi jika bentuk serbuk mengambil masa 5-7 jam baru angin keluar. Pada permulaannya, saya mengalami sedikit sembelit jika mengambil Habbatus-Sauda dalam bentuk serbuk. Tetapi akan pulih setelah seminggu pengambilan serbuk Habbatus-Sauda. Bagaimanapun, jika mengambil dalam bentuk minyak, tiada masalah ini langsung pada peringkat awal. Terus sahaja proses penyembuhan boleh nampak. Apa yang saya nampak, ia memperbaiki sistem pencernaan saya yang membawa kesan kepada kesihatan tubuh. Terlalu banyak kelebihan Habbatus-Sauda ini. Apatah lagi jika digabungkan dengan madu asli, minyak zaitun & minyak kelapa dara. Kalau tiada sakit sekalipun, cubalah amalkan. Niatkan kerana mengikut apa yang Rasulullah cakap. Pasti berkat.
13. Ida :
As Salam. Saja nak berkongsi pengalaman kesan dari pengambilan Habbatus-Sauda. Sebelum ini saya ada masalah kesihatan. Selalu demam, sakit tekak yang berterusan akibat tonsil, sukar tidur disebabkan stress kerja & degup jantung yang kadang-kadang tidak menentu. Tetapi setelah mengamalkan Habbatus-Sauda selama lebih kurang 4-5 bulan, kesihatan bertambah baik, imuniti badan bertambah kuat & jarang sekali demam & yang paling menggembirakan saya dapat tidur dengan nyenyak setiap malam. Syukur alhamdulillah. Tapi sekarang saya berhenti dari mengambilnya sebab tengah pregnant & bercadang untuk sambung makan selepas bersalin. Memang sangat berbaloi dengan harga yang murah tetapi menjamin kesihatan yang baik.
14. Nora :
As Salam. Saya Nora dari Muadzam. 2 bulan sebelum ini, saya mengalami alahan yang teruk. Muka bengkak-bengkak, gatal & merah-merah jika saya termakan sebarang makanan laut yang tidak segar, ayam, telur, ikan bilis & ikan tongkol. Saya terpaksa bergantung kepada ubat penahan alergik untuk mengelakkannya daripada melarat. Saya juga telah mencuba bermacam-macam ubat yang ada di pasaran tetapi ianya hanya berkurang & bertahan untuk sementara sahaja sehinggalah saya terbaca artikel saudara di laman web ini. Saya mula mengambil minyak Habbatus-Sauda dalam minggu yang lepas & pada hari semalam saya menerima jemputan makan tengah hari dari teman sepejabat yang akan berpindah kerja ke UAE. Dalam jamuan tersebut, saya telah memakan seekor udang yang agak besar & alhamdulillah tiada sebarang kesan alergik yang timbul. Sehingga hari ini alergik saya belum datang menyerang walaupun saya memakan telur & ayam. Saya yakin saya sudah menjumpai penawarnya. Terima kasih saudara atas info yang amat berguna ini. Saya betul-betul rasa sangat bersyukur.
15. Naz'izan :
Assalammualaikum. Anak saya bekas pesakit kanser & isteri saya bekas pesakit asma tegar. Alhamdulillah, kami sekeluarga telah menggunakan Habbatus-Sauda sejak anak saya disahkan mengalami penyakit kanser pada bulan May 2008. Manakala isteri saya telah sembuh sepenuhnya dari penyakit asma. Saya sendiri mengalami perubahan di rambut apabila uban di kepala semakin berkurangan. Kami sekeluarga mengamalkan dengan meminum 1 sudu pagi (sebelum sarapan) & 1 sudu malam madu lebah sebelum tidur & dicampurkan dengan beberapa titik minyak Habbatus-Sauda. Sehingga kini hasilnya memuaskan. Sumber madu boleh didapati di mana-mana kedai.
16. An'Nahari bin Sarif (Kuala Kubu Bharu) :
Masalah keguguran rambut - Mengamalkan Habbatus-Sauda dalam masa 6 bulan. Alhamdulillah masalah dapat diatasi.
17. En Izwan & Pn Mai (Putrajaya) :
Masalah resdung - Mengalami resdung yang sangat membimbangkan. Alhamdulillah, setelah mencuba produk minyak Habbatus-Sauda, sangat selesa sekarang.
18. Abdul Latif Kamal (Sentul, KL) :
Masalah gout - Alhamdulillah setelah mengamalkan Habbatus-Sauda, kini tiada masalah.
19. Pn Noraini (Kerling, Hulu Selangor) :
Masalah batuk berlarutan - Alhamdulillah setelah mengamalkan minyak Habbatus-Sauda serta sedikit madu yang telah dicadangkan oleh jiran saya, batuk anak saya semakin sembuh dalam masa 2 hari. Yang penting keyakinan kita kepada sabda Rasulullah s.a.w. akan penawar yang terdapat dalam Habbatus-Sauda ini.
20. Ustaz Nazir :
Minyak Habbatus-Sauda memang berkesan sama ada untuk kegunaan dalaman atau luaran terutama anak-anak kecil. Yang penting kita mesti yakin dengan sabda Nabi s.a.w. adalah wahyu dari Allah s.w.t. Mulakan dengan Bismillah & Selawat. Insya Allah, berkesan.
21. Hamba Allah (Puncak Alam) :
Saya telah menggunakan Habbatus-Sauda Softgel & minyak Habbatus-Sauda diurut pada alat kelamin. Alhamdulillah, memang berkesan untuk mereka yang sudah berumahtangga untuk merasai nikmat seperti umur semasa 17 tahun. Jangan lupa berikan juga kepada isteri anda amalkan Habbatus-Sauda. Insya Allah, sebagai tuntutan dalam agama juga. Untuk yang lemah tenaga syahwat kerana kepenatan bekerja sepanjang hari.
22. Che Mamat :
Assalammualaikum. Saya seorang pengamal Habbatus-Sauda. Masalah saya sebelum ini, badan saya banyak angin. Faham-faham je la kan. Hampir setiap hari perut saya berangin. Nak buang angin tak boleh. Jadi nak makan tiada selera. Sebelum ini saya memang selalu minum air ENO halia. Tetapi hanya sementara. Lepas itu berangin balik. Alhamdulillah selepas terbaca dalam satu artikel di internet mengatakan bahawa Habbatus-Sauda dapat mengurangkan atau mengelakkan kembung perut kerana angin. Jadi saya cuba. Alhamdulillah, sekarang perut saya amat selesa & pembuangan angin lancar. Jadi selera makan saya bertambah. Saya amalkan minyak Habbatus-Sauda bersama madu.
23. Nsahidah :
Saya mengalami alahan makanan selama hampir 10 tahun. Saya alah dengan protein haiwan terutama ayam & telur, ikan sardin/kembung & makanan laut termasuk ikan bilis. Saya terpaksa menjadi vegetarian sepenuhnya kerana jika saya termakan bahan-bahan tersebut, tangan & jari-jari saya membengkak, ruam kemerahan, gatal & bernanah. Saya tidak boleh memasak & mencuci. Menulis pun saya sukar kerana bila memegang pen luka-luka di tangan saya akan merekah & berdarah. Saya seorang guru sains. Jadi apabila saya mendemonstrasi eksperimen atau mengajar murid saya mereka pasti akan ngeri & menegur tangan saya yang hodoh. Lebih parah lagi bila kebanyakan makanan memang terdapat telur di dalamnya walaupun mayonis, kek/kuih basah & juga sayuran yang dijual di kantin dimasukkan kiub ayam/ikan bilis. Saya takut untuk mengambil anti-histamin dari farmasi bila membaca kesan sampingannya. Akhirnya saya menggunakan Habbatus-Sauda. Saya mengambilnya setengah jam sebelum makan kerana ia mengambil masa untuk hadam & mengeluarkan anti-histamin. Alhamdulillah, kini tangan saya sudah pulih & saya merasa sungguh bersyukur kepada Allah.
CALL / SMS / WHATSAPP 017 422 6027
PENGEDAR DI PERLUKAN HUBUNGI 0174226027
No comments:
Post a Comment